Korban Hampir Gila: Duit Investasi Forex Lenyap!

Ramai mangsa hampir gila apabila duit pelaburan FOREX beribu-ribu ringgit hilang sekelip mata

KUALA LUMPUR: Beratus-ratus graduan dan remaja lepasan sekolah terpedaya dengan janji manis sebuah syarikat pelaburan komoditi milik seorang lelaki tempatan kononnya mereka akan mendapat keuntungan lumayan yang dibayar dalam mata wang Amerika apabila mereka menyertainya.


Lelaki berusia 36 tahun itu dikatakan berjaya mengutip wang pelaburan kira-kira RM1 juta setiap bulan hasil penipuannya.

Difahamkan, lelaki itu menjawat jawatan pengarah syarikat beribu pejabat di Jalan Tun Razak. Tindakannya menyebabkan ramai mangsa hampir gila apabila wang dilaburkan hilang sekelip mata.

Seorang mangsa, Anong Eh Deng, 22, berkata dia kini tertekan berikutan duit pelaburan berjumlah RM83,000 yang diperoleh daripada bapanya lebur begitu saja selepas diserahkan kepada syarikat terbabit.

Mangsa mendakwa dia sebelum ini memohon kerja sebagai eksekutif pengurusan dengan syarikat terbabit menerusi iklan di sebuah akhbar, Mei lalu.

�Saya kemudian menghadiri sesi temu duga sebelum ditawarkan gaji RM900. Bagaimanapun, saya diminta mendapatkan seorang pelabur jika mahu mendapatkan komisyen gaji tambahan sehingga RM1,500.

�Kerana tertarik dengan keuntungan dijanjikan, saya memujuk ayah supaya melabur wang. Ayah setuju melabur RM40,000 selepas syarikat terbabit meyakinkan saya bahawa saya mampu mendapatkan pulangan keuntungan RM10,000 dalam tempoh kurang sebulan,� katanya yang ditemui di Biro Pengaduan MCA, kelmarin.

Anong berkata, syarikat itu bijak memancingnya apabila memberikan keuntungan RM1,000 hanya sehari selepas wang terbabit dimasukkan ke dalam akaun syarikat.

Bagaimanapun, semua keuntungan dinyatakan itu hanya dipaparkan melalui skrin komputer dan kami tidak pernah diberikan secara tunai.

Saya menyatakan hasrat untuk mengeluarkan modal itu semula, namun pengurusan syarikat memberitahu berlaku kejatuhan saham digelar margin call menyebabkan pelabur perlu menambah jumlah wang pelaburan,� katanya.

Berikutan itu, dia sekali lagi memujuk bapanya supaya menambah wang pelaburan sebanyak RM43,000.

Bagaimanapun, katanya, selepas wang pelaburan itu ditambah, syarikat terus berdolak dalih dan enggan menyerahkan keuntungan dijanjikan.

Berikutan itu, mangsa yang merasa tertipu membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Tun Razak, 10 Julai lalu.

Seorang lagi mangsa, Norfadzilah Harun, 23, mendakwa turut diperdaya apabila wang simpanan ibunya berjumlah RM40,000 turut dilaburkan ke dalam syarikat berkenaan.

Katanya, dia rasa bersalah terhadap ibunya selepas menjadi mangsa penipuan terancang syarikat berkenaan.

�Anehnya, syarikat itu terus mengambil pekerja baru hampir setiap hari dan kebanyakan mereka diumpan menggunakan taktik sama dengan gaji dan keuntungan lumayan katanya.

Norfadzilah berkata, walaupun kebanyakan mangsa membuat laporan polis serta kepada Bank Negara, syarikat itu masih beroperasi seperti biasa tanpa dikenakan tindakan.

Seorang lagi mangsa, Neetiyanathan, 19, berkata dia kerugian hampir RM100,000 selepas melaburkan wang milik pakciknya dan kawan ke dalam syarikat itu.

Dia yang berasal dari Puchong mendakwa bekerja hampir enam bulan di syarikat berkenaan yang menjalankan urusan pertukaran mata wang asing (forex).

Katanya, mangsa biasanya diminta menambah nilai wang pelaburan untuk mengaktifkan semula akaun selepas ditipu dengan istilah margin call.

Saya kini tidak hanya menjadi sasaran kemarahan pelabur, malah syarikat komoditi itu seolah-olah mencabar kami untuk mengambil tindakan.

Saya yakin syarikat ini kerap menukar nama dan masih menggunakan modus operandi sama untuk menipu orang ramai dan pekerjanya sejak beberapa tahun lalu katanya.

Maklumat Lanjut tentang pendedahan penipuan forex boleh pergi ke link ini : CLICK SINI

2 thoughts on “Korban Hampir Gila: Duit Investasi Forex Lenyap!

  1. Tu lah korang x belajak dulu cam mana nak melabur. Apalah nak kata semua dah lesap cam tu je. Kalo nak belajak melabur tu, bolehlah korang klik http://fulus.wordpress.com. Melabur jangan guna wang ringgit, tapi guna fulus, fuuuuuluuuussss…

  2. kalo niat komentarnya tulus insha Allah bnyk yg mampir, kalo niat komentarnya pamrih alias mo iklanin domain, liat aja sendiri trackingnya….

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s